KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan bahawa tiada keterangan yang menunjukkan bekas Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli membuat keputusan atau mengambil sebarang tindakan untuk memastikan hanya syarikat Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (LLPM) yang akan dilantik sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan.
Hakim Rozina Ayob dalam penghakimannya berkata terdapat keterangan daripada saksi pendakwaan bahawa mesyuarat Lembaga Pelabuhan Labuan (LPL) tidak mahu LLPM diberi harapan dilantik sebagai operator.
"Malah menurut keterangan SP17 iaitu pengarah syarikat LLPM, syarikat itu gagal dilantik bagi tender 2017 dan 2019. Bagaimanapun, syarikat itu meneruskan operasi di terminal pelabuhan tersebut hanyalah atas dasar membayar sewa perkhidmatan (bermula hujung November 2017) hingga Mac 2020," katanya.
Beliau berkata mahkamah juga mendapati keputusan mesyuarat LPL pada 4 Jan dan 21 Mac 2018 telah dibuat secara kolektif dan bukannya keputusan Rozman yang memutuskan untuk menangguhkan pelantikan LLPM sebagai operator.
"Malah mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Wee Jeck Seng selaku Pengerusi LPL (ketika itu) yang mempunyai kuasa tertinggi dalam struktur perlembagaan LPL pada masa material," katanya.
Rozina, yang melepas dan membebaskan Rozman, 59, daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak pekerjaan bagi syarikat LLPM, berkata kegagalan pendakwaan memanggil Wee yang mempunyai kuasa tertinggi dalam struktur LPL untuk memberi keterangan telah mencetus isu pemakaian anggapan.
"Ini kerana tanpa keterangan beliau, persoalan berkenaan isu pengaruh pandangan tertuduh dalam mencapai keputusan yang dibuat oleh mesyuarat LPL masih tidak terjawab.
"Berdasarkan keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh bukanlah kuasa tertinggi dalam LPL dan bukan individu yang mempengerusikan mesyuarat LPL. Ini menunjukkan terdapat kelompangan pada naratif kes pendakwaan," katanya.
Hakim itu juga berkata pada 21 Mac 2018, keputusan mesyuarat LPL hanya untuk menangguhkan pelantikan operator baharu sehingga tarikh operator pelabuhan diadakan dan diwartakan namun tiada pelantikan operator dermaga pelabuhan telah dibuat pada tarikh berkenaan.
"Dakwaan adanya lantikan operator dermaga pelabuhan yang merupakan subjek asas pertuduhan adalah tidak berasas dan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan," katanya.
Rozina berkata pihak pendakwaan juga gagal membuktikan asas bahawa tertuduh telah membuat dan meminta untuk mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat LLPM sebagai operator.
"Sebaliknya terdapat keterangan yang bertentangan dengan pertuduhan dihadapi tertuduh kerana saksi pendakwaan menyatakan bahawa antara lain dalam mesyuarat LPL, tertuduh memaklumkan syarikat LP Multi Terminal Sdn Bhd adalah yang paling berpotensi untuk dilantik sebagai operator dan bukan LLPM," katanya.
Rozman, yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Labuan ketika ditemui pemberita selepas prosiding, menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini serta mengucapkan terima kasih kepada pihak peguam, ahli keluarga dan rakan yang terus memberi sokongan kepada beliau.
"Alhamdulilah... syukur kepada Allah, sejak awal saya menyatakan saya memang tidak bersalah dan apabila saya dituduh, saya serahkan kepada mahkamah untuk melaksanakan prosesnya selain yakin dengan mahkamah. Alhamdulillah... hari ini terbukti keputusan adil telah dilaksanakan," katanya yang kelihatan tenang dan gembira.
Beliau didakwa telah menggunakan kedudukan sebagai Timbalan Pengerusi LPL untuk mendapatkan suapan iaitu kontrak pekerjaan sebagai operator Dermaga Merdeka Pelabuhan Labuan bagi LLPM, yang bapa dan adik lelakinya mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Mesyuarat TKSU, Aras 9, Kementerian Pengangkutan Malaysia, Jalan Tun Hussein, Presint 4, Putrajaya antara 2.30 hingga 5.30 petang pada 21 Mac 2018 mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Prosiding hari ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Feisal Mohd Azmi manakala Rozman diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
Rozman menzahirkan rasa syukur dengan keputusan mahkamah hari ini serta mengucapkan terima kasih kepada peguam, ahli keluarga dan rakan yang terus memberi sokongan kepada beliau. - Gambar fail
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Bidor
Jenazah konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, Perak kira-kira jam 7.20 malam Sabtu.
Keputusan kes salah guna kedudukan bekas Ahli Parlimen Labuan diketahui esok
Hakim Rozina Ayob dijadualkan membacakan keputusan di akhir kes pendakwaan itu pada 3 petang.
Keputusan sama ada bekas MP Labuan perlu bela diri pada 30 Mei
Mahkamah menetapkan 30 Mei depan untuk memutuskan sama ada Datuk Rozman Isli perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan menggunakan kedudukan dalam mendapatkan kontrak bagi LLPM.
Saksi tidak tahu Rozman ada kepentingan dalam LLPM
Bekas Ahli Lembaga Pengarah, LPL memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau tidak mengetahui bekas Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mempunyai kepentingan dalam LLPM.